Friday, 10 February 2023

PERNAH DENGAR TENTANG INTERMITTENT FASTING?

 Apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF.

Intermittent Fasting adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan (diselang-selikan) antara waktu makan dengan waktu berpuasa.

http://sitiman772.blogspot.com/2023/02/intermittent-fasting.html

Apa perbezaan antara intermittent fasting dengan diet yang lain?

Diet yang lain lebih fokus apa yang anda makan, manakala Intermittent Fasting  pula lebih menumpukan kepada waktu bila anda akan makan.

Tetapi ramai juga yang kecundang dan gagal meneruskan diet yang lain. Dengan kaedah Intermittent Fasting ramai yang dah berjaya atau ada yang berhenti separuh jalan.

Persoalannya, adakah anda betul-betul faham tentang Intermittent Fasting, kelebihan & teknik yang berkesan?


Kebaikan Intermittent Fasting.

Antara kelebihan mengamalkan Intermittent Fasting adalah seperti berikut;
  1. Mengurangkan risiko kanser
  2. Meningkatkan kesihatan jantung
  3. Mengurangkan peratusan lemak dalam badan
  4. Mengawal selera makan
  5. Menggalakkan penurunan berat badan
  6. Mencatikkan bacaan gula dalam darah
  7. Meningkatkan fungsi kognitif

Cara diet Intermittent Fasting untuk orang Malaysia.

Contoh Jadual Intermittent Fasting 16:8
Contoh Jadual Intermittent Fasting 16:8



The 16:8 Method

Kaedah ini sangat popular di Malaysia.

Anda diharuskan untuk membahagikan masa sebanyak 16 jam untuk berpuasa dan 8 jam lagi untuk makan.

Anda disarankan untuk memulakan diet puasa pada sebelah malam agar anda mudah berpuasa dalam waktu tidur.

Contoh:
Makan 1200pm-2000pm (8 jam)
- Pilih makanan dan minuman yang sihat dan seimbang seperti salad, buah dan masakan yang grill dan stim. 

- Elak untuk ambil makanan yang tinggi kandungan gula, garam, lemak, berminyak dan proses. 

Puasa 2000pm-1200pm (16 jam)
- Boleh minum air masak, kopi atau teh tanpa susu atau pun gula.


Pemilihan makanan yang salah.

Ini sangat penting untuk kita sama-sama ingat, bahawa pilihan makanan yang tepat adalah sangat penting agar ianya dapat mempertahanan rasa kenyang lebih lama.

Antara jenis-jenis makanan yang boleh membantu rasa kenyang adalah daripada;
  1. Sumber protein
  2. Kadar serat yang tinggi
  3. Sumber lemak yang baik
  4. Buah-buahan dan sayur-sayuran 
Apabila rasa kenyang anda mampu bertahan lebih lama dan menjayakan diet Intermittent Fasting anda.


Muat turun aplikasi Intermittent Fasting.


Aplikasi Intermittent Fasting 

Anda juga boleh memuat turun aplikasi yang membantu anda menjayakan lagi misi ini. Kan sekarang zaman canggih. Semua di hujung jari sahaja.

Aplikasi ni selalunya menyediakan interaksi berkumpulan, untuk membantu antara sama lain. 


Jadi, itulah beberapa maklumat penting yang boleh saya kongsikan tentang diet Intermittent Fasting ini.

Kepada yang mempunyai masalah kesihatan disarankan juga sentiasa mendapatkan nasihat daripada pakar nutrisi sebelum memulakan program diet ini.

Semoga artikel ini memberi manfaat dan semoga pembaca sihat selalu.... 

Bye 🤍🤍

Boleh roger-roger ya ..


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan

No comments:

Post a Comment