Hai bakal-bakal bergelar ibu & para ibu hamil.
Nak tau tak, ketika hamil & nak merancang hamil sangat perlukan makanan yang berkhasiat tau. Tapi tak semua mengamalkan pemakanan secara sihat. Tak semua makan sayur, tak semua makan daging, ikan @ pun ayam, ada yang alergik dengan kekacang & ada yang tak boleh minum susu.
So di bawah adalah antara makanan yang perlu diambil untuk bakal ibu & ibu hamil untuk lengkapkan nutrisi dalam tubuh untuk kesihatan si ibu & pertumbesaran si bayi anda.
ASID FOLIK.
Supplement yang dianggap benar-benar penting ialah asid folik (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida & lain-lain kecacatan tiub neural bayi. Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya & boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil supplement tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.
Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayuran hijau, buah-buahan, kekacang & bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin.
KALSIUM.
Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan. Perlu diingatkan, bahawa wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali ganda hidangan produk tenusu @ pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.
Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan & sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini sangat diperlukan oleh tubuh si ibu bagi membantu menguatkan lagi tulang & mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.
Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, si ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu & lain-lain produk tenusu misalnya bijirin yang kaya dengan sumber kalsium, soya, yogurt, keju & lain.
MINYAK IKAN.
Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan atau lebih dikenali Omega-3 penting untuk ibu hamil trimester ke 2 & 3. Omega-3 mengandungi EPA yang berfungsi menyokong jantung, sistem imun & bertindak balas keradangan. & DHA pula berfungsi menyokong otak, mata & sistem saraf pusat. Sebab itu minyak ikan penting untuk ibu hamil.
Sumber terbaik EPA & DHA ialah ikan air laut dalam seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis & ikan hering. Tetapi ramai yang risau tentang keracunan merkuri @ toksin dalam ikan tersebut.
Oleh itu, anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan tambahan / supplement minyak ikan yang merupakan sumber paling selamat untuk mendapatkan EPA & DHA.
ZAT BESI.
Ibu hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari bagi mengekalkan kesihatan ibu & bayi.
Jika anda tidak mendapt zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi si ibu & bayi, si ibu mungkin akan mengalami anemia. Ini sering terjadi kepada ibu hamil kerana kekurangan pengambilan zat besi dalam diet pemakanan harian.
Zat besi boleh didapati dengan memakan banyak sayur-sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun & kekacang.
Oleh itu, bukan semua ibu hamil mempunyai selera makan yang baik. Nak makan itu ini tapi akhirnya muntah semula, nak makan tapi tak lalu disebabkan terhidu bau makanan tersebut, nak minum susu tapi tekak pulak rasa nak muntah memanjang.
Macam mana nak si ibu cukup nutrisi dalam tubuh. Jalan terakhir adalah pengambilan makanan tambahan / supplement yang dapat membantu melengkapi nutrisi ibu hamil. Pilih lah supplement yang berasaskan dari bahan semulajadi, lulus KKM & Halal..
Boleh hubungi saya untuk mengetahui tentang supplement makanan tambahan yang sesuai untuk ibu hamil. Saya akan bagi anda yang terbaik untuk ibu & juga si comel.
Pengedar Shaklee Anda.
Sabrina Bt Saringat (1220502)
Whatsapp : +6010.934.9260
Facebook : akue sii aber
Instagram : akue_sii_aber
No comments:
Post a Comment