Saturday, 7 October 2017

Shaklee Labuan : Masalah Sukar Tidur Malam @ Insomnia.

>> Susah Tidur / Insomnia <<



⁉️ Tau apa tu INSOMNIA?

Insomnia adalah salah satu gangguan tidur dimana kualiti tidur penderitanya sangat buruk kerana kesulitan untuk memulai tidur atau mempertahankan tidur dalam jam normal. 

Ia BUKAN SUATU PENYAKIT tapi ia disebabkan oleh faktor psychology & biologi jer.

⁉️ Faktor penyebab INSOMNIA?

✅ Faktor Medical & Biologi

• Faktor usia. Kita yang  semakin berusia berisiko mengalami insomnia.

Hormon yang tak seimbang bagi wanita hamil & menstruasi serta menopause buat ramai wanita insomnia.

• Kerusakan otak seperti stroke atau alzheimer.

• Faktor genetik.

• Kesan sampingan gunaan ubat, soda, minuman bicarbonate, dadah, alkohol, @  kafein.

✅ Faktor Psikologi

• Kalau la kena gangguan mental seperti skizofrenia, gangguan kecemasan (anxiety disorder)  @ gangguan keperibadian bipolar.

• Kalau la anda jenis banyak FIKIR terlalu banyak.

• Jiwa anda pelik seperti ketakutan, paranoid, stress, depresi, kecemasan, serta anda ada tekanan mental & emosional.

• Ketakutan akibat gangguan pada fasa tidur REM (Rapid Eye Movement): maksudnya anda alami seperti mimpi buruk, tertindih HANTU masa tidur (sleep paralysis) @ anda berjalan saat tidur anda (sleepwalking).

✅ Faktor Dari Luar

• Waktu anda kerja yang berubah-ubah atau tak teratur. Sehingga tubuh anda rasa sulit menyesuaikan diri.

• Otot badan fizikal terlalu letih. Overwork.

• Kalau anda kerja shift malam je.

• Lingkungan bising & tak tenteram. Salah satunya pencemaran bunyi iaitu partner anda BERDENGKUR!!

• Pola tidur yang tidak teratur.

⁉️ Tips Untuk Mengatasi Insomnia.

• Usahakan tidur dengan jam yang teratur setiap hari. Selama proses penyembuhan insomnia, usahakan untuk menghindari tidur siang agar bisa mendapatkan tidur yang berkualiti di malam hari.

• Hindari makanan & minuman yang berkafein & bersoda sebelum tidur.

• Gunakan tempat tidur hanya untuk tidur. Hindari membaca, menggunakan gadget @ menonton tv di atas tempat tidur.

• Sering-sering solat, doa kepada Allah mudahkan anda tidur.

• Dah habis USAHA tapi masih QAPLAH/ bermasaalah jugak tak boleh tidor, pergilah berjumpa doktor anda. Doktor akan beri ubat ikut diagnosis daripada penyebabnya. 




INGAT!! Pemberian UBAT TIDUR adalah jalan yang TERAKHIR!!

Bagi yang mengalami gejala seperti ini @ kesukaran untuk tidur, diharap anda telah memahami puncanya & cuba untuk mengatasinya dengan sebaik mungkin, ini bagi memastikan anda mendapat tidur & rehat yang secukupnya. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, sebelum terus mengambil ubat tidur. Kekal sihat & cergas sepanjang hari. 

Kredit info: Siakap Keli

Pengedar Shakee Anda 
Sabrina Saringat (1220502)
Whatsapp : +6010.934.9260
Facebook : akue sii aber
Instagram : akue_sii_aber

No comments:

Post a Comment