Pernah tak terfikir bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat, cantik & berseri..? Mesti anda jugak nak dapatkan kulit yang cantik & menawankan..
Sehinggakan ada yang sanggup membeli produk skin care yang tak diketahui latar belakang produk tersebut & ada jugak yang sanggup bermake up tebal-tebal nak tutup cela, jerawat & kulit kusam untuk nak dapatkan kulit yang nampak cantik seperti mereka.
Meh luangkn masa untuk saya kongsikan bagaimana nak dapatkan kulit yang sihat & berseri tanpa merosakan kulit & menyakitkan..
• Protein untuk MEMBINA kulit yang sihat.
Badan dihasilkan dari protein & dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat & berseri , pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
- Membekalkan asid amino yang penting, yang mana ia tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
- Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
- Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel & tisu kulit.
- Menghasilkan hormon yang sihat & enzim penting untuk kulit.
- Menyokong pengeluran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.
• Tingkatkan KEANJALAN dengan Kolagen.
Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda & menghalangnya daripada berkedut, berparut & menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkan sendiri
Walau bagaimana pun, apabila usia anda semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan. Ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut & kendur.
Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini & mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:
- Kulit yang lebih anjal.
- Kulit yang lebih sihat.
- Mengurangkan kedutan.
- Mengurangkan parut.
PERLINDUNGAN Antioksida dengan Vitamin C.
Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.
Walau bagaimana pun, badan anda tak berupaya untuk menghasilkan vitamin C & pengambilan vitamin C membantu untuk:
- Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering & kasar.
- Menggalakkan penghasilan kolagen & regenerasi kulit.
- Membantu dalam penyembuhan luka.
- Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.
Kekalkan KELEMBAPAN Kulit dengan GLA.
Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA).
Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan & juga:
- Mengurangkan gatal & kulit yang bersisik.
- Mengekalkan kelembapan kulit.
- Melawan keradangan.
Dapatkan kulit yang berseri dari dalam dengan nutrien yang berasaskan bahan semulajadi anda sekarang.
Tak tau nak dapatkan nutrien seperti di atas.? Jangan risau. Saya adalah pengedar Shaklee sejak 2015 lagi.
Anda boleh hubungi saya seperti detail di bawah. Dan jangan lupa follow Fb & Instagram saya ya..
Pengedar Shaklee Anda
Sabrina Saringat (1220502)
Watsap +6010.934.9260
Fb: akue sii aber
Ig: akue_sii_aber
No comments:
Post a Comment